Khamis, 24 Mei 2012

SWEDISH RING

BAHAN-BAHAN


300 gm tepung tinggi protien
100 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
60 gm gula
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung 
1 biji telur
160 gm air
40 gm mentega

-BAHAN UNTUK INTI-

1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil rempah kari
2 sudu kecil gula
30 gm buah campuran
(campurkan semua bahan di atas)


-CARA MEMBUATNYA-


* masukkan semua tepung,gula,susu tepung,garam,yis
   dalam mesin pengisar,biar hingga sebati,


* masukkan telur,air & mentega biar ia selama hingga 7 minit
   agar adunan sekata & sebati.


* ambil adunan tadi & masukkan di dalam bekas biar ia 
   mengembang sekali ganda.


* canaikan adunan & sapukan mentega di atasnya.taburkan
   bahan untuk inti.


* gulung & potong.masukkan ke dalam bekas & sapukan telur
   di atasnya.bakar selama 20 minit ataupun sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan