Jumaat, 25 Mei 2012

BLUEBERRY CHEESE BUN

Bahan-Bahan


400 gm tepung tinggi protien
100 gm tepung gandum
60 gm gula
8 gm garam
11 gm yis
20 gm susu tepung
2 biji telur
5 gm improver
60 gm mentega
250 ml air
sedikit blueberry
sedikit keju


-CARA-CARA-


* masukkan semua tepung,gula,susu tepung,garam & yis di 
   dalam mesin pengisar.biar hingga sebati.


* masukkan telur,air,improver & mentega.biarkan ia selama 7 minit
   agar adunan sekata & sebati.


* ambil adunan tadi & biarkan ia mengembang sekali ganda.


* setelah itu,ambil & bulat-bulatkan.Buat lubang di tengah-
   tengahnya & masukkan blueberry.


* sapukan sedikit kuning telur & parutkan keju di atasnya.


* setelah siap masukkan dalam ketuhar & bakar selama 20 minit 
   ataupun kekuning-kuningan pada suhu 150 celcius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan